Sebagai satu perkongsian kepada para pelajar bagaimana hendak meningkatkan kualiti diri anda dari segi disiplin, prestasi akademik dan penglibatan dalam bidang luar.
1. Bangun awal pada waktu pagi dengan penuh semangat. Jangan rasa malas dan tidak bersemangat kerana akan mempengaruhi pembelajaran anda sepanjang hari
2. Mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah supaya kuat dan sihat. Supaya anda mudah belajar.
3. Mendengar pengajaran guru dengan teliti. Tanya guru anda jika ada masalah. Jangan malu belajar dan jangan malu bertanya. Malu bertanya akan menyebabkan anda tidak menguasai pelajaran.
4. Siapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru anda dengan sebaik mungkin.
5. Ulangkaji pelajaran anda sebelum hari esok. Jangan tunggu sehingga anda lupa tentang apa yang anda telah belajar.
6. Selalu membaca buku supaya bertambah ilmu di dada. Bila banyak ilmu, anda akan lebih kreatif dan kritis
7. Menjadi pendengar yang baik supaya mudah mendapat ilham. Menjadi pendengar yang baik akan membantu anda menjadi penyampai yang berkesan
8. Hormati orang yang lebih tua, sayangi orang yang lebih muda dan muliakan orang yang mendidik anda
9. Hargai masa. Isikan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
10. Tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh memudaratkan diri.
No comments:
Post a Comment