LATAR BELAKANG PROJEK

1. PENDAHULUAN

 
Perkembangan arus zaman yang menjurus kepada pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah turut mempengaruhi kemajuan dalam bidang pendidikan. Institusi pendidikan di seluruh dunia telah mendapat manafaat daripadanya. Bahkan sebahagian besar sekolah dan IPT telahpun menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, sekolah bestari di peringkat sekolah rendah dan menengah serta e-learning di peringkat pengajian tinggi merupakan bukti bahawa negara ini juga tidak ketinggalan oleh arus pembangunan ICT sejagat.

2. PENGAJARAN MULTIMEDIA

Pengajaran melalui multimedia di Malaysia telahpun wujud sekian lama. Bermula dengan media TV dan radio, majalah, risalah dan akhbar dalam darjah, kini maju setapak lagi dengan penggunaan teknologi komputer. Pelbagai pihak terutamanya Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah mengambil usaha untuk menghasilkan CD interaktif dalam pelbagai bahasa, subjek dan tahap. Usaha ini bertujuan untuk membekalkan prasarana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya prasarana ini, maka guru-guru akan lebih mudah untuk menjalankan tugas mereka di dalam kelas.

  3. PERSEMBAHAN

Dalam kerja kursus ini, kami telah menyediakan satu persembahan multimedia dalam bentuk interaktif dengan menggunakan Microsoft Powerpoint iaitu salah satu perisian mudah dan terkenal di kalangan pengguna komputer.

3.1 Latar Belakang:

a. Subjek : Sains Rendah

b. Tajuk : Ciri- ciri Tumbuhan

c. Tahun : Empat

d. Isi Kandungan :

(i) Ciri-ciri Tumbuhan seperti:

  • Warna daun;
  • Bentuk daun;
  • Jenis urat;
  • Jenis batang;
  • Jenis akar;
  • Habitat; dan
  • Cara membiak

(ii) Dalam persembahan ini juga disediakan beberapa soalan interaktif yang boleh dijawab terus semasa melihat persembahan.

4. OBJEKTIF

Penyediaan persembahan ini adalah ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar Tahun 4 di sekolah rendah. Oleh sebab itu, pemilihan bahasa dan pengolahan isi kandungan adalah disesuaikan untuk peringkat ini. Dalam persembahan ini, diterangkan tentang ciri-ciri tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita. Antara ciri-ciri yang diterangkan iaitu:

  • Warna daun tumbuhan yang berbeza
  • Bentuk pada daun tumbuhan
  • Jenis batang sama ada berkayu atau tidak
  • Daun urat selari dan jejala
  • Jenis akar sama ada serabut atau jejala
  • Habitan tumbuhan sama ada di air atau di darat.
  • Cara pembiakan tumbuhan sama ada biji benih, tunas atau spora.

Oleh sebab itu, pada akhir pelajaran, adalah diharapkan supaya murid-murid akan dapat :

  • Membezakan warna hijau pada tumbuhan dengan warna lainnya,
  • Membezakan bentuk daun bujur, tirus dan bulat,
  • Membezakan jenis daun urat selari dan jejala
  • Membezakan tumbuhan batang berkayu dan tidak berkayu,
  • Membezakan di antara tumbuhan akar tunjang dan serabut,
  • Membezakan di antara tumbuhan yang hidup di air dan darat.
  • Mengetahui cara pembiakan bagi beberapa jenis tanaman (sekurang-kurangnya 4); dan
  • Dapat menjawab soalan dengan betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10.

5. FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEHI

Persembahan in diatur dengan sistematik dengan menggunakan hyperlink untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan persembahan. Oleh yang demikian, tiada isi kandungan yang tidak dapat dibaca. Selain daripada itu, persembahan ini juga dikendalikan dalam satu menu utama yang menghubungkan semua kandungan. Semua isi kandungan atau penerangan dihubungkan dengan contoh gambar yang terang dan menarik. Gabungan beberapa elemen teknologi yang digunakan dalam persembahan ini menambahkan lagi keselesaan pengguna dan mudah untu mencapai fail-fail yang lain.

No comments:

Post a Comment