Friday 19 October 2012

Nama Bahagian Pada Tumbuhan

Penghargaan kepada pustekkom depdiknas
Tumbuh-tumbuhan mempunyai nama pada bahagian-bahagiannya. Bermula dari akar, batang, buah, daun dan bunga. Kelopak Bunga yang kelihatan cantik juga mempunyai nama pada bahagian-bahagiannya. Sila teliti dan pelajari gambar di atas.

Tumbuhan Berbunga dan Tidak Berbunga

Tumbuhan berbunga adalah kelompok terbesar tumbuhan yang hidup di daratan. Nama khasnya dalam golongan "Anthopytha" diambil dari cirinya yang paling khas, iaitu menghasilkan organ pengeluaran dalam bentuk bunga. Bunga sebenarnya dihasilkan di antara daun dan batang. Tujuan pembungaan biasanya untuk mengasilkan buah dan benih tetapi teradapat juga tubuh-tumbuhan berbunga yang tidak menghasilkan buah. Bunga-bungaan yang ditanam di halaman rumah, buah-buahan, tumbuhan air, kayu dan pokok-pokok renek boleh dikategorikan sebagai tumbuhan berbunga.Tumbuhan berbunga membiak melalui benih dan tunas. Tumbuhan tidak berbunga hanya sedikit sahaja daripada bilangan keseluruhan tumbuhan. Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora. Contohnya kulat, langsuyar, pokok paku dan cendawan.

Mari kita tonton video ini..



Terima kasih kepada youtube..dan wikipedia

Keperluan Asas Bagi Tumbuhan

Kredit kepada Portal Pembelajaran Utusan.. Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas. Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur. Video di bawah menunjukkan proses percambahan biji benih. Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).

Sila tontoni video ini...

Tumbuhan Bergerakbalas Terhadap Rangsangan

Selamat sejahtera murid-murid. :-) :-) Murid-murid tahu tak bahawa semua benda hidup termasuk tumbuhan dan haiwan boleh bergerak. Pergerakan tumbuhan berbeza daripada pergerakan haiwan. Pergerakan tumbuhan melibatkan bahagian tertentu tumbuhan sahaja contoh pucuk dan akar. Sesetengah daun tumbuhan contoh ;semalu ,menguncup apabila disentuh. Pergerakan terhad tumbuhan juga dikenali sebagai gerak balas terhadap rangsangan. Tumbuhan bergerak balas terhadap berbagai rangsangan seperti cahaya matahari, air, graviti, suhu dan sentuhan . Pucuk bergerak ke arah cahaya matahari manakala akar bergerak ke arah tarikan graviti. Sulur paut tumbuhan seperti kacang panjang bergerakbalas terhadap sentuhan. Pergerakan tumbuhan juga adalah perlahan dan tidak ketara. Tumbuhan bergerak untuk mendapatkan cahaya matahari, mendapatkan air dan men dapatkan sokongan.

Monday 1 October 2012

Video Ciri-ciri Tumbuhan

Meningkatkan Kualiti Diri Pelajar

Sebagai satu perkongsian kepada para pelajar bagaimana hendak meningkatkan kualiti diri anda dari segi disiplin, prestasi akademik dan penglibatan dalam bidang luar.

1. Bangun awal pada waktu pagi dengan penuh semangat. Jangan rasa malas dan tidak bersemangat kerana akan mempengaruhi pembelajaran anda sepanjang hari

2. Mengambil sarapan sebelum pergi ke sekolah supaya kuat dan sihat. Supaya anda mudah belajar.

3. Mendengar pengajaran guru dengan teliti. Tanya guru anda jika ada masalah. Jangan malu belajar dan jangan malu bertanya. Malu bertanya akan menyebabkan anda tidak menguasai pelajaran.

4. Siapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru anda dengan sebaik mungkin.

5. Ulangkaji pelajaran anda sebelum hari esok. Jangan tunggu sehingga anda lupa tentang apa yang anda telah belajar.

6. Selalu membaca buku supaya bertambah ilmu di dada. Bila banyak ilmu, anda akan lebih kreatif dan kritis

7. Menjadi pendengar yang baik supaya mudah mendapat ilham. Menjadi pendengar yang baik akan membantu anda menjadi penyampai yang berkesan

8. Hormati orang yang lebih tua, sayangi orang yang lebih muda dan muliakan orang yang mendidik anda

9.  Hargai masa. Isikan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

10. Tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh memudaratkan diri.